CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6249|Reply: 0

[Perlis] Nasib Azlan Man...

[Copy link]
Post time 19-3-2023 06:04 AM | Show all posts |Read mode
Nasib Azlan Man...


Oleh Aizat Sharif - Mac 19, 2023 @ 2:34am  bhnews@bh.com.my






Azlan Man (kanan) tewas kepada Fathul Bari (kiri)




KANGAR: Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, bekas menteri besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man, hilang pula jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar, semalam.

Azlan yang juga penyandang Ketua UMNO Bahagian Kangar, tewas kepada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Dalam saingan ketika pemilihan semalam, Fathul Bari yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, memperoleh 368 undi untuk mengatasi Azlan yang hanya memperoleh 179 undi.

Pertembungan di antara Azlan dan Fathul Bari sememangnya dinantikan perwakilan UMNO Bahagian Kangar dalam usaha memulihkan semula imej parti itu dan Barisan Nasional (BN) bahagian itu yang tewas semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada PRU15 lalu.

Kemenangan Fathul Bari itu turut menamatkan dominasi dua penggal bekas Menteri Besar itu sebagai Ketua UMNO Bahagian sejak 2014.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula, ia dimenangi Hamunir Hamzah, selepas menewaskan bekas naib ketua bahagian itu, Hamizan Hassan, yang juga bekas exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran Azlan, dan seorang lagi calon, Zainuddin Osman.

Jawatan Naib Ketua Bahagian pula dimenangi Kamarudin Malek selepas menewaskan Harmizan Abd Halim, Abu Bakar Sadiqin Hazim dan Che' Omar @ Umak Bahari.

Dalam pemilihan sayap pada 11 Mac lalu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar dimenangi Azihani Ali, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing dimenangi Saiful Fariddil Jasmi serta Nor Siti Hajar Razali.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list