CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Peluang Liverpool pintas Man United meningkat

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode

Peluang Liverpool untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas meningkat 20 peratus dalam tempoh dua minggu lalu. - Foto AGENSI

LONDON: Peluang Liverpool untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat teratas meningkat 20 peratus dalam tempoh dua minggu lalu, menurut kiraan komputer super.

Dalam kiraan terakhir pada 29 April, Liverpool dilaporkan hanya mempunyai peluang 8.8 peratus untuk meraih tiket kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dua minggu kemudian, The Reds dipercayai mempunyai peluang 28.5 peratus untuk memintas Manchester United, hasil perkiraan komputer super Opta.

Ia susulan enam kemenangan berturut-turut yang meletakkan mereka hanya satu mata di belakang United dan tiga di belakang Newcastle - namun bermain lebih satu perlawanan berbanding dua pasukan berkenaan.


United kendalian Erik ten Hag dikatakan mempunyai peluang sebanyak 20 peratus untuk tercicir daripada kelompok empat teratas, manakala hanya 8.8 peratus untuk Newcastle.

Liverpool perlu menang baki tiga perlawanan dan berharap Manchester United tercicir mata dalam dua daripada empat perlawanan mereka, atau Newcastle tewas dua kali dan seri sekali.

Di puncak liga, Manchester City bakal mempertahankan kejuaraan dan mempunyai peluang 90.7 peratus untuk mengatasi Arsenal dalam pemburuan gelaran.

Persaingan sengit ialah di kelompok bawah antara pasukan-pasukan yang mahu mengelak penyingkiran.

Southampton yang berada di tangga tercorot dikatakan tidak mempunyai peluang untuk selamat selepas ketinggalan enam mata di bawah garis penyingkiran, dengan hanya tiga perlawanan berbaki.

Secara matematik, skuad kendalian Ruben Selles masih berpeluang kekal di Liga Perdana Inggeris, namun berdasarkan prestasi semasa, peluang mereka dikatakan sifar.

Kedudukan Liga Perdana Inggeris menurut kiraan komputer:

1. Man City 90.7%

2. Arsenal 90.7%

3. Newcastle 61.1%

4. Man United 45.3%

5. Liverpool 68.9%

6. Tottenham 49.4%

7. Brighton 42%

8. Aston Villa 67.2%

9. Brentford 65.3%

10. Fulham 66.7%

11. Chelsea 59.2%

12. Crystal Palace 43.6%

13. Wolves 35.2%

14. Bournemouth 29.3%

15. West Ham 33.2%

16. Everton 44.1%

17. Nottingham Forest 34.8%

18. Leicester 31.4%

19. Leeds 27%

20. Southampton 98.7%

https://www.bharian.com.my/sukan ... an-united-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list