CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3512|Reply: 0

[Tempatan] Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tak lindung kartel padi & beras, kata Mat Sabu

[Copy link]
Post time 16-4-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode
KPKM tak lindung kartel padi, beras, kata Mat Sabu

https://www.freemalaysiatoday.co ... eras-kata-mat-sabu/

Bernama
15 Apr 2024, 03:25 PM


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan MyCC berhubung kartel padi dan beras.

Mohamad Sabu berkata kementeriannya akan menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) jika mengesan aktiviti kartel padi dan beras.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras di negara ini.

Menterinya Mohamad Sabu menjelaskan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini berikutan pertanyaan oleh sesetengah pihak mengenai isu tersebut baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh MyCC.

“Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

“Soalan ni saya dah jawab beberapa kali sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang. Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.558918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list