CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8080|Reply: 15

Marissa Dania mengaku khilaf, mohon maaf

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
"Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga."
Demikian kata anak perempuan kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, iaitu Marissa Dania Hakim mengenai keputusan bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Aslam secara senyap, Disember lalu.
Marissa ketika dihubungi Harian Metro turut meminta maaf kepada semua pihak kerana mengambil masa yang lama untuk membuka mulut mengenai kontroversi pernikahannya dengan Aslam.
"Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
"Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi, saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
"Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar," katanya.
Ditanya mengenai hubungan Aslam dengan ahli keluarganya, Marissa berkata, dia bersyukur apabila mereka membuka pintu kemaafan dan menerima kehadiran Aslam.
"Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
"Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
"Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu," katanya.
Dalam masa sama, Marissa enggan menyentuh atau memberi sebarang komen mengenai hubungan dengan madunya, Umisya Mazlan.
"Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami berdua," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 04:15 PM | Show all posts
ok..ai..bukan jennie kata nak delete akaun kat forum ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit. - markisah,2024

Bimbo bethol budak ni, jaga nama baik apanya since dari check in ko dah conteng arang ke muka makpak

Yelah markisah, impian ko nak kawen selam dah tercapai, hadap la hidup yg korang pilih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:37 PM | Show all posts
doubleA replied at 16-4-2024 04:20 PM
Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan se ...

i tikam minta maaf sebab job dah kurang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya penyondol, orang yg membenarkan dirinya disondol dan isteri2 curang semua diboikot oleh semua media. They should be treated as persona non grata. Boikotlah 3 tahun ke gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-4-2024 04:37 PM
i tikam minta maaf sebab job dah kurang..

Ambil je job normek tu markisah ni pernah je jadi muse tudung mak tiri dgn apak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 07:02 PM | Show all posts
Sejenis takde rasa bersalah, mcm org tu pulak ambik laki ko kan

Awak je ada mak bapak, sy takde mak bapak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn akaun jeni da kena delete. Rupanya masih active mgata aank setazah yebi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau misya aslam dgn meresah ni da sepakat nk poligami siapa kita nk marah2.

Selamat berpoligami cuols semua..

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 3 tahun je kot bertahan... 2027 kalau masih bersuamikan si aslam ni i salute.

Bkn doakan yg tak baik. Hakikatnya umur muda nk harung kehidupan berpoligami dgn suami yg financially pun tak stabil.

Wait n see lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat lepas minta maaf terus menjadi sesuci lebaran ke? Dik, nyondol tu tetap nyondol.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari kecik dia membesar nengok mak dgn ayah dgn mak tiri berbaik. So dia pun take it as fine lah. Mesti waktu nak poligami tu dia dah ada mindset alaa mak ayah dgn mak tiri boleh je berbaik. Haaa ko laa abby mengajar marissa benda benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berbahagia dek. Raya saling bermaafan tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la pregnant lepas tu gundu, baru ada akal. Orang lain umur baya tu rileks aje pergi uni, dating2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:54 AM | Show all posts
pegi la jadi model normek sana
bergandingan dgn mak tiri sundalan ittew
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:28 PM | Show all posts
Diamondmoney replied at 16-4-2024 07:06 PM
Ingtkn akaun jeni da kena delete. Rupanya masih active mgata aank setazah yebi

kannn..hahaha..elok je ada lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list