CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 1

Guardiola tinggalkan Etihad jika City bohong

[Copy link]
Post time 7-2-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Guardiola tegaskan akan tinggalkan City jika pengurusan langgar peraturan kewangan.

LONDON: Pep Guardiola sebelum ini menegaskan dia akan meninggalkan Manchester City jika pengurusan kelab itu berbohong berhubung pelanggaran peraturan kewangan.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berdepan lebih 100 dakwaan melanggar peraturan kewangan selepas siasatan selama empat tahun.

Justeru, kelab dimiliki City Football Group (CFG) yang dikuasai Abu Dhabi itu bakal berdepan hukuman termasuk pemotongan mata atau disingkirkan daripada Liga Perdana.

Ia berlaku selepas UEFA menghukum City dengan penggantungan selama dua tahun dan mendenda kelab itu £25 juta (RM128.2 juta) pada Februari 2020 atas dakwaan pelanggaran fair play kewangan.

Bagaimanapun, hanya lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hanya £9 juta (RM46.1 juta).

Susulan kontroversi berkenaan, Guardiola mempertahankan kelab itu dengan menegaskan beliau percaya tiada peraturan yang dilanggar.

Tetapi dia juga menegaskan akan meninggalkan Etihad jika pihak pengurusan menipunya.

"Saya mempercayai mereka 100 peratus sejak hari pertama, jadi saya mempertahankan kelab kerana itu.

"Saya beritahu 'jika anda berbohong kepada saya, esok saya tiada di sini'. Saya akan keluar dan anda tidak akan menjadi kawan saya lagi.'

"Saya suka mewakili kelab yang melakukan perkara dengan betul. Akhirnya ia bukan mengenai memenangi Liga Juara-Juara atau Liga Perdana.

"Ia mengenai sentiasa melakukannya perkara baik demi penyokong," katanya. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... ad-jika-city-bohong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 03:09 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.315424 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list