CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8400|Reply: 17

[Tempatan] Berterima Kasih Kepada Najib, Bagi Duit Raya Dan Hadiah Sebab Tolong Hanak Hekan Herlok Pakai Sampin Baju Melayu!

[Copy link]
Post time 19-4-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini, malah masyarakat berbilang kaum dan agama.

Buktinya mereka turut tidak terkecuali bersama-sama teruja memakai busana tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung bagi memeriahkan suasana.

Dalam keterujaan itu, seorang pemuda Cina kelihatan segak dalam persalinan baju Melayu warna biru gelap serta samping berwarna krim.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dia bagaimanapun dilihat mengalami kesulitan untuk memakai samping dengan betul.

Di tempat terbuka, dia cuba untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana orang awam untuk memakai samping.

"Adakah ada yang akan bantu orang Cina pakai samping?" katanya menerusi video di akaun di TikTok @zacharychiah.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki bersama wanita yang ditegur pemuda yang lebih dikenali sebagai Zach itu.

"Selamat Hari Raya, Saya ada satu masalah. Saya tak tahu macam mana nak pakai (samping)," katanya.

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus membantu Zach mengikat samping dengan kemas.

"You tak tahu nak pakai, you ada majlis ke? Okay, pegang macam ni. Tarik nafas sikit.

"Ini adalah stail baharu untuk samping. You pegang macam ni, atas sikit lagi," ujar lelaki itu yang bernama Najib.

Memaklumkan mahu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri, Zach berkata pada awalnya dia bercadang untuk mengikat samping ketika menaiki kenderaan e-hailing.

Wanita yang hadir bersama Najib, Azreen tampil menjelaskan cara yang sebetulnya memakai samping adalah dalam kedudukan berdiri.

Berterima kasih kepada Najib di atas bantuan memakaikannya samping dengan kemas, Zach memberitahu perbualan dan momen mereka itu sebenarnya dirakam untuk dijadikan kandungan media sosial.

Dek kerana kebaikan yang ditunjukkan Najib, Zack memberikan hadiah misteri berupa duit raya dan fon telinga sebagai tanda penghargaan.

"Wow ada angpau. Sebenarnya pada usia saya ni, susah nak dapat hadiah. Terima kasih banyak," kata Najib secara berseloroh.

Sebelum beredar, Najib sempat memaklumkan kepada Zach bahawa pemuda itu boleh menghubunginya sekiranya memerlukan bantuan pada masa akan datang.

"Jika kamu memerlukan apa-apa untuk mendapatkan bantuan, hubungi kami sahaja. Kami adalah peguam," katanya lagi.

Walaupun rakaman tersebut sekadar 'eksperimen sosial', namun ia disambut baik dalam kalangan netizen yang memuji sikap toleransi dan saling bantu-membantu masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Riak wajah Najib dan Azreen yang sentiasa tersenyum sepanjang pertemuan itu sekali gus menangkis persepsi segelintir masyarakat terhadap peguam yang sering dilihat berperwatakan bengis, serius dan kurang mesra terutama ketika menjalankan tugas.

"Sedap mata tengok video apabila semua kaum boleh bersama-sama. Kulit putih, handsome pakai baju Melayu biru.

"Suka tengok, sama-sama bantu membantu.

"Peguam weh, tapi merendah diri sangat. Kemas Encik Najib pakaikan samping dia," demikian antara komen netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2024 08:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2024 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat najib betul. Hahaaaha.. Tp dulu time dia jd pm memang satu family aku tunggu dorang pakai baju raya apa. Najib kalau pakai baju melayu paling smart, terletak elok je. Cara dan intonasi cakap pon sedap dengar(walaupon aku tak pernah habis dgr apa yg dia cakap) maklumlah dulu aku mengeji skrg ni baru tersedar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 19-4-2024 10:13 AM
Aku ingat najib betul. Hahaaaha.. Tp dulu time dia jd pm memang satu family aku tunggu dorang pakai  ...



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:11 AM | Show all posts
Beribear replied at 19-4-2024 10:13 AM
Aku ingat najib betul. Hahaaaha.. Tp dulu time dia jd pm memang satu family aku tunggu dorang pakai  ...

Betul..apa yang i kagum pada DSN, masa time dia turun tu, dia tak de pun ajak pengikut dia berguling atas jalan. Siap pesan jangan buat piket..undur diri dengan bermaruah. Dia pun jenis soft spoken je..senyum sentiasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 11:48 AM | Show all posts
ever heard youtube tutorial how to ikat samping tak?


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 19-4-2024 10:13 AM
Aku ingat najib betul. Hahaaaha.. Tp dulu time dia jd pm memang satu family aku tunggu dorang pakai  ...

Alhamdulillah....

Nasib baik dah tersedar.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat btul tt. Igt ke jibby dah kuar penjara td tp ekceli jibby lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 10:10 PM | Show all posts
Bodo la TT punye gmbr fitnah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2024 12:42 PM | Show all posts
boikot jibby
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 23-4-2024 12:42 PM
boikot jibby

Rindu najib
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 19-4-2024 11:11 AM
Betul..apa yang i kagum pada DSN, masa time dia turun tu, dia tak de pun ajak pengikut dia berguli ...

Bermaruah ke merayu pengampunan diraja?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar hiasan minta diludah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 07:20 AM | Show all posts
Woow ... ternyata sisa duit hasil rasuah 1MDB masih banyak juga ya ..... Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2024 09:10 AM | Show all posts
boikot sampin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071890 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list