CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14829|Reply: 0

[Sabah] Merusuh rekod tangkapan tertinggi pelajar sekolah di Sabah

[Copy link]
Post time 23-3-2023 09:00 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Idris (dua kanan) menerima cenderahati daripada Muddin (dua kiri) pada majlis itu sambil diperhatikan oleh Jauteh (kanan).

PUTATAN: Jenayah berkaitan kes merusuh antara kesalahan yang paling tinggi direkodkan melibatkan tangkapan pelajar sekolah di Sabah tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, berdasarkan statistik dari Januari hingga Disember 2022, seramai 55 pelajar termasuk 48 lelaki dan tujuh perempuan ditangkap atas kesalahan terbabit.

Katanya, pelajar yang ditangkap kebanyakannya terlibat dengan kes merusuh di bawah Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan atau gaduh gempar.

Menurutnya, mengikut statistik jenayah yang dilaporkan tahun lepas, secara keseluruhannya seramai 160 pelajar iaitu 140 lelaki dan 20 perempuan ditangkap kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.

"Kesalahan mencederakan (Seksyen 323 Kanun Keseksaan) merekodkan jumlah seramai 21 orang iaitu 18 lelaki dan tiga perempuan, diikuti kesalahan rogol yang melibatkan seramai 20 pelajar lelaki.

"Bagi kesalahan mencuri, seramai 14 pelajar lelaki dan lima pelajar perempuan terlibat menjadikan jumlah keseluruhan seramai 19 orang.

"Jumlah ini adalah satu angka yang besar dan amat membimbangkan kita kerana pelajar adalah generasi masa depan yang akan mencorakkan Malaysia umumnya dan khasnya di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program '1st Day At School' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan tangkapan pelajar sekolah berkenaan, hanya sembilan pelajar sahaja yang dibebaskan tanpa syarat setelah selesai siasatan.

Idris berkata,  jumlah selebihnya iaitu seramai 149 orang lagi dibebaskan atas jaminan polis yang berkemungkinan akan dituduh di mahkamah manakala, dua pelajar lagi dituduh di mahkamah atas kesalahan merusuh dan mencuri.

Dalam pada itu katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat prihatin mengenai masalah sosial dan salah laku jenayah dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar sekolah.

Sehubungan itu, pihaknya berharap kerjasama yang tersusun dan bersistematik di antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilihat mampu membendung isu salah laku sosial, dadah dan perlakuan jenayah daripada terus menular.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Muddin Beting.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.068311 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list