Femi9 FC kelab bola sepak wanita Perak pertama berdaftar - Utusan Malaysia

Femi9 FC kelab bola sepak wanita Perak pertama berdaftar

FEMI9 FC, kelab bola sepak wanita pertama di Perak yang berdaftar sejak Ogos lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Femi9 (Feminain) FC, kelab bola sepak wanita di Perak yang pertama berdaftar mahu mencungkil dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak wanita di negeri ini.

Pengurusnya, Azmi Mokhtar berkata, itu matlamat utama penubuhan Femi9 FC dengan mengetengahkan lebih ramai pemain muda berbakat bagi nemajukan sukan itu.

Ahli perniagaan itu berkata, kelab itu semakin mendapat sokongan para remaja yang ingin aktif dalam bidang bola sepak sejak penubuhannya Ogos tahun lalu.

“Ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelab ini untuk mendalami ilmu bola sepak. Kami juga ada menganjurkan bola sepak sosial sekali sebulan di Padang Ipoh.

“Sambutan amat menggalakkan sebab ibu bapa yang punyai anak-anak perempuan yang berminat dan ada bakat mahu bermain bola sepak hadir kerana sebelum ini mereka tidak tahu hendak hantar anak mereka ke mana,” katanya.

Menurutnya, walaupun belum setahun penubuhannya, tetapi kelab itu sudah mencapai pelbagai kejayaan malah Femi9 dijemput menyertai kejohanan dan scouting daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Pulau Pinang dan mendapat tempat ketiga.

“Kami muncul juara dalam futsal terbuka anjuran Furious Kelab pada Februari lalu.

“Pemain dan jurulatih kami ada yang sudah dapat bersama skuad Malaysia, dua orang terpilih dalam skuad Malaysian Tigress B-17.

“Dua orang dipanggil ke kem latihan dan seorang terpilih dalam skuad Malaysian Tigress B-20 ke kejohanan di Kemboja,” katanya.

Azmi berharap kelab itu akan menempa lebih banyak kejayaan selepas ini dan terus berkembang bersama arus perkembangan bola sepak negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya