CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14359|Reply: 0

[Sarawak] Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat tujuh kes pecah rumah

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:35 PM | Show all posts |Read mode


Tiga lelaki yang ditahan bersama barang kes semasa operasi membanteras kegiatan pecah rumah baru-baru ini.

SIBU: Pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya menahan tiga lelaki sekali gus menyelesaikan tujuh kes pecah rumah di sekitar daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, penahanan tiga suspek terbabit berjaya dilakukan dalam satu operasi membanteras kegiatan pecah rumah yang dilancarkan di sekitar daerah itu sejak 15 hingga 19 Mac lalu.

"Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 28 tahun terbabit berjaya ditahan semasa operasi tersebut secara berasingan di sekitar bandar ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau kes pecah rumah, curi kereta serta penyalahgunaan dadah.

"Turut dirampas ialah beberapa barang berkaitan kes pecah rumah," katanya lanjut.

Dengan penahanan tiga individu berkenaan, Zulkipli percaya pihaknya telah berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah yang dilaporkan sebelum ini.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambah beliau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055062 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list