Lima rumah di Salak Selatan musnah terbakar - Utusan Malaysia

Lima rumah di Salak Selatan musnah terbakar

KEADAAN lima rumah di Kampung Baru, Salak Selatan yang musnah terbakar pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima kediaman di Jalan 18, Kampung Baru, Salak Selatan dekat sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Daripada lima kediaman itu satu dijadikan sebagai stor perabot dan tempat pemotongan khinzir.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada 5.31 pagi.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, E Yogeswaran berkata, seramai 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Cheras dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan lima rumah jenis separa kekal.

“Tekanan air rendah menyukarkan operasi pemadaman bagaimanapun kebakaran berjaya dikawal pada 6.35 pagi.

“Kejadian tidak membabitkan mangsa dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya