fbpx

Gloria Jean’s Coffees buka 16 cawangan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ketika merasmikan Gloria Jean’s Coffees di HPUPM, hari ini.

SERDANG – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) menyasarkan membuka 16 buah cawangan Gloria Jean’s Coffees pada tahun hadapan melibatkan peruntukan berjumlah RM8 juta.

Pengerusinya Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata, sehingga kini Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 44 usahawan Gloria Jean’s Coffees dengan tawaran tiga konsep francais iaitu lot kedai, kiosk dan ‘coffee cart’ di seluruh negara.

“Hari ini Gloria Jean’s Coffees telah meluaskan sayap rangkaian dengan membuka cawangan yang ke-44 di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM). Ini merupakan francais yang dibiaya, dilatih dan dibimbing oleh Pernas.

“Pada tahun hadapan, sebanyak 16 lagi cawangan disasarkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan francais di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Gloria Jean’s Coffees HPUPM di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru lebih ramai usahawan mampu dilahirkan pada masa akan datang selari dengan peranan Pernas komited dalam membantu bakal-bakal francaisi dari segi khidmat nasihat, latihan, pembiayaan serta memberi maklumat industri.

“Budaya minum kopi yang semakin meluas di kalangan masyarakat perlu diteliti. Usahawan perlu bijak ambil peluang sekaligus merancakkan industri kopi premium.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memberi peluang kepada bakal usahawan supaya mereka dapat memilih jenis perniagaan untuk diceburi selain kemudahan pembiayaan dan program-program yang disediakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI