fbpx

Banjir: SK Melor PPS pertama dibuka di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga yang ditempatkan di PPS SK Melor, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN APM KELANTAN

KOTA BHARU – Seramai 14 mangsa banjir daripada tiga buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Melor di sini hari ini.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 6 petang tadi, SK Melor merupakan PPS pertama yang dibuka di Kelantan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara itu, mengikuti portal ebanjir Negeri Kelantan, hanya satu sungai utama merekodkan paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang pada bacaan 8.25 meter (m).

Beberapa sungai utama menunjukkan paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Dabong pada bacaan 32.51 m dan Sungai Kelantan di Tangga Krai dengan bacaan 20.49.

Bagi sungai utama yang berada pada paras normal adalah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (9.52 m), Tambatan Diraja (0.68 m), Sungai Golok di Kuala Jambu (1.41m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (1.04 m). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI