View: 1663|Reply: 21
|
[Dunia]
Brazil tersungkur di kotak penalti, Croatia berjaya mara ke peringkat separuh akhir
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 10-12-2022 01:14 PM
DOHA: Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2022 di peringkat suku akhir selepas tewas 4-2 kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Education City sebentar tadi.
Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic sekali lagi muncul wira apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti yang diambil Rodrygo manakala, sepakan Marquinhos terkena tiang.
Sementara Nikola Vlasic, Lovro Majer, Luka Modric, dan Mislav Orsic tenang menyempurnakan tugasan masing-masing untuk meletakkan bola ke dalam jaring menewaskan Alisson Becker.
Kemenangan Croatia itu menyaksikan mereka layak dua kali berturut-turut ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dengan edisi 2018 mereka bergelar naib juara selepas tewas kepada Perancis.
Sebelum ini, pada peringkat pusingan 16 terbaik, Croatia berjaya menewaskan Jepun juga menerusi sepakan penalti dengan Livakovic menjadi wira selepas menyelamatkan tiga sepakan penalti.
Terdahulu, dalam masa penuh permainan, kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas serangan bertali arus skuad kendalian Tite berjaya dipatahkan Croatia yang dilihat lebih banyak bertahan.
Pada separuh masa pertama, Brazil lebih banyak mendominasi permainan dengan melakukan lima percubaan dengan tiga daripadanya merupakan percubaan tepat.
Sementara Croatia pula gagal melakukan sebarang percubaan tepat dengan penjaga gol Brazil, Alisson Becker lebih banyak berehat berbanding Livakovic.
Skrip sama berulang pada separuh masa kedua apabila Brazil mempamerkan penguasaan mereka namun, kekentalan barisan pertahanan Croatia menghampakan mereka.
Peluang terbaik skuad kendalian Tite hadir menerusi Neymar pada minit ke-55 namun, percubaannya berjaya dihalang dengan cemerlang oleh Livakovic.
Pada minit ke-66, Livakovic sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan percubaan jarak dekat Lucas Paqueta selepas menerima bola yang terbias di dalam kotak penalti Croatia.
Pada minit ke-79, percubaan Paqueta yang menerima hantaran daripada Neymar dari dalam kotak penalti sekali lagi dinafikan Livakovic yang jelas beraksi cemerlang di pintu gol Croatia.
Dengan Croatia yang lebih banyak bertahan, serangan bertali arus Brazil gagal menghasilkan gol dan keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk mengheret permainan ke masa tambahan.
Gol yang dicari-cari Brazil akhirnya terhasil menerusi Neymar pada minit ke-106 selepas beliau melakukan hantaran satu dua bersama Pedro di dalam kotak penalti sebelum menewaskan Livakovic.
Gol jaringan Neymar itu juga menyaksikan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu kini meledak 77 gol buat Brazil di pentas antarabangsa dan menyamai rekod penyerang legenda mereka Pele.
Bagaimanapun, pesta Brazil tidak berpanjangan apabila Croatia berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bruno Petkovic pada minit ke-117 untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Pada peringkat separuh akhir, Croatia akan menunggu pemenang antara Belanda dan Argentina yang akan berlangsung pada pukul 3 pagi nanti- Agensi
https://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/brazil-tersingkir-croatia-mara-ke-separuh-akhir/
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka brazil..tu la lempar lagi kucing masa press conference...aniaya binatang |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-12-2022 09:17 AM
Padan muka brazil..tu la lempar lagi kucing masa press conference...aniaya binatang
kan kan cashhh!!! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 10-12-2022 09:22 AM
kan kan cashhh!!!
Haha si bulus tersenyum sinis tgk nama negara brazil...hamik kau |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada lagi tarian tengah padang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 10-12-2022 10:46 AM
mejaputih replied at 10-12-2022 09:17 AM
Padan muka brazil..tu la lempar lagi kucing masa press conference...aniaya binatang
Hahaha kannnn ....kuharap kucing tu menari samba sempena meraikan kekalahan depa
Tu la belagak sgt...ingt kat padang je, kt kucing pun nk berlagak..amekkawww |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je elok2 letak kucing tu. Ni campak je. Padan muka kalah penalti.
Suka aku bila brazil kalah. Xde samba bodoh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan salah pemain-pemain Brazil tapi pegawai media Brazil yang mencampak kucing ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko balik main lempar2 anak patung babi je lah babi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 10-12-2022 06:56 PM
Croatia hebat penduduk tak sampai 4 juta tapi pencapaian dlm WC mengagumkan. First time bertanding tahun 1998 dpt tmpt ke-3,. Zaman striker nama Davor Suker. 20 tahun kemudian masuk final lg. Memang underrated dan underdog klo nk compare dgn england, overrated tp habok pon tarak. Pagi satgi confirm diayamkan oleh Les Blues. |
|
|
|
|
|
|
|
Result ada tapi diorang tak main bola, bertahan sampai habes game. Serang pun tak. Sangat2 tak best tengok kalau ada croatia. Takde entertainment value. Patut banned croatia ni. Banyangkan kalau Brazil pun bertahan, melangut la tunggu bola tengah2 padang takde sape sepak. |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 10-12-2022 09:22 AM
kan kan cashhh!!!
Haiyooo
Seriously dia campak gitu je
Kot iye pun shoo je pun sure dia lari
Geram plk nengoknya tgk cara dia pgg kucen tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 10-12-2022 06:53 PM
Croatia hebat penduduk tak sampai 4 juta tapi pencapaian dlm WC mengagumkan. First time bertanding t ...
U were damn right
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 11-12-2022 04:27 PM
Lagubestbest replied at 11-12-2022 12:03 AM
Result ada tapi diorang tak main bola, bertahan sampai habes game. Serang pun tak. Sangat2 tak bes ...
Betui team Croatia mmg boring lagi best team2 afrika tapi pencapaian hebat depa tak boleh dinafikan. Mcm Greece pon bosan nk mati. Tapi cara permainan yg membosankan tu la membuatkan depa menang Euro 2004 under Otto Rehagel dulu.. Yang England sampai la ni tk pernah menang Euro. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 11-12-2022 07:30 AM
U were damn right
England kalau hebat kt group stage kat pusingan kalah mati tobat takkan lepas pi jauh..selalu dh mcm tu.. depa mai Qatar dengan gah sekali sebagai team paling bernilai hujung2 morocco yg tak disangka2 boleh p jauh jadi giant slayer menang dgn belgium, spain, portugal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monreyes at 11-12-2022 06:22 PM
player bagus ramai...tapi turunkan yg sama je...ni player rasuah coach ke haper...maklumlah player kaya2..setakat berjoget beruk pun boleh.
mmg padan muka lah...kalau bukan player club fav aku ada...aku mmg x tgk Brazil...coach mmg bodoh...dah terlebih2 extra time pun tetap x trn kan Martinelli.. |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 11-12-2022 04:27 PM
England kalau hebat kt group stage kat pusingan kalah mati tobat takkan lepas pi jauh..selalu dh m ...
EPL lahirkan ramai world class player..tapi bukan utk England..sian btoi..world class player ni ramai pendatang sbb tu ramai player ada 2 kerakyatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mejaputih at 11-12-2022 06:33 PM
-edited- spri tersalah reply thread pula |
|
|
|
|
|
|
| |
|