Penyanyi dan pelakon, Noki, memaklumkan bapanya, Haji Aji Lee Ahsam telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat.

Khabar duka tersebut dikongsikan sendiri oleh Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94)

“Bismillah ya Allah , tempatkanlah bapaku dengan orang-orang yang beriman dan masukkanlah bapaku di syurga pertama mu ya Allah. Amin ya Allah Amin.

“Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta,” tulisnya.

Dalam pada itu, Noki yang juga merupakan anggota kumpulan rap, K-Clique itu turut memanjatkan doa agar bapanya itu ditempatkan bersama orang-orang beriman.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Noki bagi mengharungi detik-detik sukar ini.

“Salam takziah buat seluruh keluarga,” balas pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

IKLAN

“Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” komen Zizi Kirana.

“Harap bersabar Ikwan. Kami semua ada untuk kamu,” komen salah seorang anggota K-Clique, Nastynas

IKLAN

“Semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” kata, pengacara dan pelakon, Sherry Al-Hadad.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Noki dilihat telah pun bergegas pulang ke Sabah bagi menyempurnakan jenazah bapanya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Noki K-Clique

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI