fbpx

Mayat lelaki dijumpai di Bukit Beruang Hill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH trak polis berada di lokasi bagi membawa mayat yang ditemui di Bukit Beruang Hill, Melaka, hari ini.

MELAKA – Mayat seorang lelaki dipercayai peniaga yang dilaporkan hilang ketika mendaki seorang diri ditemui di Bukit Beruang Hill, sebentar tadi.

Identiti mayat yang ditemukan kira-kira pukul 9.45 pagi itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh pihak polis.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang peniaga, Steven Tan Kim Huat, 45, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar mendaki di Bukit Beruang Hill seorang diri kira-kira pukul 4.30 petang, Selasa lalu.

Kenderaan milik mangsa jenis Suzuki Swift turut ditemui di parkir di kawasan riadah berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan lebih 120 anggota daripada pelbagai agensi di kawasan seluas 40 hektar itu bagaimanapun dihentikan kira-kira pukul 3 petang semalam selepas gagal menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI