IPOH: Empat bekas Ketua UMNO Bahagian di Perak gagal dalam cubaan untuk membuat ‘comeback’ selepas mereka tewas dalam pemilihan parti hari ini.
Mereka ialah Datuk Rosli Husin (Bukit Gantang), Datuk Samsudin Abu Hassan (Tapah), Datuk Hamzah Kasim (Gopeng) dan Datuk Abd Manaf Hashim (Beruas).
Rosli hanya mendapat 20 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang dimenangi bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang memperolehi 261 undi.
Seorang lagi calon, Pemangku Ketua UMNO bahagian, Mohd Kamaruddin Abu Bakar memperolehi 236 undi.
Di Tapah, Samsudin memperolehi 111 undi, tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin yang memperolehi 213 undi.
Di Gopeng pula, Hamzah memperolehi 116 undi, tewas kepada penyandang, Datuk Hang Tuah Din yang mendapat 231 undi.
Di Beruas, Abd Manaf hanya mendapat 81 undi, tewas kepada Ketua Bahagian, Datuk Azhar Ahmad yang memperolehi 283 undi.
Sementara itu, Setiausaha UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah kekal sebagai Ketua Bahagian Tambun selepas menewaskan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu, Faridzul Azlan Abd Shani.
Aminuddin memperolehi 307 undi manakala Faridzul Azlan memperolehi 118 undi.
Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun pula kekal sebagai Ketua Bahagian Sungai Siput selepas memperolehi 242 undi, menewaskan anak saudaranya, Mohd Husnuz Zaim Mohd Padil yang mendapat 167 undi.
Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Azian Osman memang tanpa bertanding Ketua Bahagian Lenggong dan Ipoh Timor.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 18 2023
Para Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong ketika proses mengundi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khairuddin pencetus pendedahan skandal 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu Khairuddin ialah pencetus kepada pendedahan skandal 1MDB yang membawa kepada kejatuhan kerajaan BN pada PRU14.