SUNGAI SIPUT: Sebuah replika ketupat terbesar berketinggian 16.46 meter (m) dengan lebar 13.41m di Kampung Bahagia di sini akan dijadikan antara tarikan Tahun Melawat Perak 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membina replika ketupat tersebut yang dimulakan pada 3 April lepas manakala bakinya ditaja penduduk kampung itu.
Menurut Loh, replika ketupat itu antara inisiatif untuk Tahun Melawat Perak 2024 dengan keunikannya membolehkan pelancong bergambar dan memuat naik di laman media sosial masing-masing.
"Kampung Bahagia adalah kampung Melayu di tengah-tengah Sungai Siput, ini (replika ketupat terbesar) bagi mengekalkan tradisi orang Melayu dan mengapa (sebab) kita memilih motif ketupat," katanya selepas merasmikan Ketupat Terbesar dan Sambutan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di Padang Rekreasi Kampung Bahagia di sini, malam tadi.
Sementara itu, Loh berkata, sasaran kemasukan 500,000 pelancong luar negara yang akan mengunjungi bandar raya Ipoh hingga hujung tahun ini sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah tepat.
"Sasaran yang diumumkan oleh MBI amat bertepatan. Semalam kita berada di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan kita telah berbincang dengan menteri (Datuk Seri Tiong King Sing), beliau amat menyokong usaha kerajaan negeri, namun kami tidak boleh mengumumkan peruntukan dan sumbangan yang diberikan kerana perlu ada dokumen rasmi," katanya.
Pada 11 Mei, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sasaran itu adalah berdasarkan pencapaian hingga April lepas yang menyaksikan kira-kira 50,000 pelancong luar mengunjungi bandar raya tersebut, iaitu peningkatan 10 kali ganda berbanding sebelum pandemik COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Orang ramai bergambar di hadapan replika ketupat yang terbesar di Malaysia pada Majlis Sambutan Hari Raya di Padang Rekreasi Kampung Bahagia Sungai Siput malam tadi. Ketupat bersaiz 16.3 meter lebar dan dan 13.3 meter tinggi. - Gambar BERNAMA
ASNB lancar platform Ria, raih 6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Ketupat terbesar antara tarikan Tahun Melawat Perak 2024 - Exco
Keunikan ketupat membolehkan pelancong bergambar dan memuat naik di laman media sosial masing-masing.