Manchester City terlibat dengan 100 kes skandal kewangan

Manchester City terlibat dengan 100 kes skandal kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Manchester City bakal berhadapan dengan hukuman denda pemotongan mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas didakwa terlibat dengan skandal penyalahgunaan laporan kewangan.

Skandal terbaru pasukan City ini didedahkan wartawan The Time, Martyn Ziegler yang melaporkan bahawa pasukan itu telah pun memanipulasi beberapa laporan kewangan melebihi 100 kali membabitkan keuntungan pasukan, gaji pemain serta nilai tajaan yang tidak tepat.

Lebih mengejutkan siasatan mengenai salah laku pasukan ini telah pun dilakukan berlanjutan selama empat tahun sejak Disember 2018.

Sekiranya City didapati bersalah, mereka bukan sahaja berdepan dengan hukuman pemotongan mata, namun berkemungkinan disingkirkan daripada saingan Liga Perdana Inggeris, namun ia mungkin memakan tempoh yang agak lama bergantung kepada perjalanan kes ini di mahkamah.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan City sebentar, mereka ternyata terkejut dengan tuduhan itu.

“Pihak pasukan mengalu-alukan suruhanjaya bebas untuk melakukan siasatan ke atas perkara ini, supaya dapat memberikan penilaian yang saksama dan memberikan bukti yang tidak disangkal.

“Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera,” jelas pihak pengurusan City dalam kenyataan rasmi itu.

Ini bukanlah kali pertama City berdepan dengan skandal salah laku kewangan apabila melanggar Financial Fairplay (FFP) yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada 2020 yang menyaksikan mereka didenda 30 juta pound dan dilarang beraksi di pentas Eropah, namun pasukan itu berjaya membuktikan mereka tidak bersalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya