25 individu ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Petra Jaya

25 individu ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Petra Jaya

DADAH jenis syabu yang dirampas daripada suspek dalam operasi anti narkotik selama seminggu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis Bahagian Narkotik di sini berjaya menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan menyalahgunakan dadah berbahaya dalam operasi selama seminggu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata operasi dari 30 Jan hingga 5 Feb itu dijalankan di sekitar Petra Jaya.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dan 66 tahun.

“Turut dirampas daripada suspek adalah dadah, dipercayai syabu dengan berat keseluruhan 6.80 gram,” katanya.

Antara lokasi terlibat ialah Semariang Temenggung Haji Gobil, Kampung Semariang Pinggir, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar, RPR Fasa 2 Jalan Astana, Kampung Gersik, Kampung Pinang Jawa dan Lorong Merdeka

Menurut Ahsmon lagi, satu kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, empat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 20 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya lagi, semakan latar belakang suspek mendapati 20 daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Justeru, Ahsmon menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan dadah di kawasan mereka supaya melaporkan kepada pihak polis di balai polis berhampiran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya