CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 3

Bekas Bintang Liga Perdana Inggeris Cedera, Sukar Bernafas Akibat Terperangkap Gempa Bumi Di Turkiye

  [Copy link]
Post time 7-2-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Bekas bintang Liga Perdana Inggeris, Christian Atsu dilaporkan ‘ditemui hidup’ berikutan gempa bumi 7.7 magnitud di Turkiye.


Bekas pemain sayap Chelsea dan Newcastle United itu, yang kini bersama kelab Super Lig Turkiye Hatayspor, dilaporkan hilang ketika operasi mencari dan menyelamatkan dijalankan berikutan bencana itu pada pagi Isnin.


Menurut media Turkiye, Atsu bersama pengarah sukan kelab Taner Savut terperangkap dalam bencana alam di Kahramanmaras, pangkalan Hatayspor.




Getty Images




Laporan itu juga menyatakan bahawa dua pemain Hatayspor, Burak Oksuz dan Bertug Yildirim diselamatkan dari runtuhan tersebut.


Dua ahli pasukan teknikal, Ekrem Eksioglu dan Osman Ates juga terselamat daripada runtuhan itu dengan kesihatan kedua-duanya berada dalam keadaan baik.


Media Portugis melaporkan pada petang Isnin bahawa Atsu telah 'ditemui hidup', namun berada di hospital dengan kecederaan pada kaki kanannya dan mengalami kesukaran bernafas.


Laporan itu menambah bahawa rakan sepasukan Atsu, Onur Ergun dan Burak Oksuz juga ditemui hidup oleh pasukan penyelamat dan pemain Hatayspor dari Portugal, Ruben Ribeiro dan Cape Verdean Ze Luís selamat manakala pertahanan Hatayspor, Kerim Alici, berjaya keluar dari runtuhan.


Setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kesihatan Atsu atau keberadaan dari kelabnya atau dari media Turki.


Atsu pemain Ghana menyertai Chelsea pada 2013, di mana dia dipinjamkan ke Everton dan Bournemouth, bersama kelab Vitesse, Malaga dan Newcastle United.


The Magpies menukar pinjaman sementara itu kepada pertukaran tetap pada 2017 selepas Atsu membantu The Magpies memenangi gelaran Liga Kejuaraan.


Dia kekal di kelab itu sehingga 2021, sebelum berpindah ke Timur Tengah di mana dia kemudian kembali ke Eropah tahun lalu untuk bergabung dengan Hatayspor.


Newcastle melalui media sosial mereka berharap Atsu ditemui dalam keadaan hidup dan sihat, sambil mereka tweet: "Berdoa untuk beberapa berita positif Christian Atsu."


Sementara itu, Chelsea tweet: "Kami berdoa untuk anda, Christian Atsu."


Atsu hanya menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Kasimpasa, hujung minggu ini sebelum gempa bumi melanda Türkiye.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 02:52 PM | Show all posts
sukar bernafas...covid tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 02:54 PM | Show all posts
GWS yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:04 AM | Show all posts
namun berada di hospital dengan kecederaan pada kaki kanannya dan mengalami kesukaran bernafas.

What is pemain bola without a kaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054033 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list