fbpx

APM bawa 16 calon SPM dan empat guru ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR dan guru dibawa menaiki lori APM selepas laluan ke SMK Chong Hwa di sini dinaiki air di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 16 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan empat orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chong Hwa terpaksa dibawa menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam hari ini selepas jalan ke sekolah berkenaan dinaiki air.

Difahamkan jalan berkenaan yang dinaiki air sejauh 200 meter sejak awal pagi tadi hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, pihak APM mengambil pelajar dan guru berkenaan yang berkumpul di hadapan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) di sini.

“Pelajar dan guru dibawa pada pukul 7.20 pagi sebelum selamat sampai ke sekolah pada pukul 7.35 pagi.

“Jalan ke sekolah berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan kerana telah dinaiki air,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 2 petang ini pihak APM tidak menerima panggilan daripada pihak sekolah berkenaan untuk mengambil pelajar dan guru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI