[Video] Lebih 10 Ekor Bangkai Haiwan, 35 Anjing Terbiar Ditemui di Sebuah Banglo di Port Dickson

Sedih dan menyayat hati. Itulah keadaan yang boleh digambarkan melalui sebuah video siaran langsung sebuah organisasi penyelamat haiwan yang menemui lebih 10 bangkai haiwan termasuk anjing dan kucing serta 35 ekor anjing terbiar di sebuah rumah banglo di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Video melalui siaran langsung di Facebook Furrykids Safehaven mendapat lebih 1.5 juta tontonan sejak disiarkan pada 14 April lalu.

Menerusi video tersebut dapat dilihat keadaan rumah yang penuh dengan najis serta bangkai haiwan yang bergelimpangan di dalam rumah. Haiwan tersebut mati akibat terkurung tanpa minuman dan makanan.

Ada antara anjing yang terpaksa memakan anak sendiri untuk teruskan hidup.

Beberapa ekor anjing yang berada di perkarangan banglo tersebut diberi makan oleh jiran-jiran di situ. Namun, yang berada di dalam rumah tidak dapat diberi makan kepada haiwan yang berada di dalam rumah.

Pasukan FurryKids Safehaven terpaksa memotong kunci untuk menyelamatkan haiwan yang berada di dalam banglo tersebut.

Kesemua haiwan yang masih hidup berjaya diselamatkan.