KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikesan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, salah satu daripada kad pengenalan tersebut telah digunakan untuk mendaftar hotel di sini.

"Disebabkan itu pihak hotel tidak dapat mengesan suspek adalah orang yang polis kehendaki," katanya semasa sidang media di IPK Kelantan pada Selasa. - Sinar Harian