[VIDEO] Suspek kes tembak di KLIA hafiz al-Quran

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek yang berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

"Suspek memang orang berkebolehan dalam agama.

"Berkenaan dengan tindakan suspek ke Kelantan, dia lahir di Selangor, membesar di Kuala Lumpur tapi pernah belajar di pondok di sini (Kelantan)," kepada semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Mohd Shuhaily (dua dari kiri) memeriksa kereta yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri semasa sidang akhbar di IPK Kelantan pada Selasa.
Mohd Shuhaily (dua dari kiri) memeriksa kereta yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri semasa sidang akhbar di IPK Kelantan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily berkata, walaupun pernah belajar pondok di Kelantan, namun suspek dikatakan tidak berjumpa sesiapa untuk meminta bantuan.

"Sebaik sahaja kes tembakan di KLIA, dia terus memandu ke sini (Kelantan)," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, semasa ditahan suspek berada dalam keadaan sihat dan normal.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, tindakan yang suspek ambil pada tempoh hari hanya dia yang tahu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi pada Ahad, suspek berusia 38 tahun melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu jemaah umrah.

Bagaimanapun, satu das tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.

Suspek kemudian terus melarikan diri sebelum berjaya diberkas polis di Kota Bharu, Kelantan, pada Isnin.

Suspek kemudian telah direman tujuh hari sehingga 22 April.

Siasatan awal polis dipercayai kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dengan isterinya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28