Connect with us

Selebriti

Lantik peguam bantu selesai hutang RM7 juta, Datuk Red mohon tempoh 5 tahun

Diterbitkan

pada

Usahawan Datuk Red lantik peguam bantu selesai hutang yang mencecah sehingga RM7 juta daripada Tetuan Hawar Hanafi & Co.

Memetik laporan mStar, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu berkata dia meminta tempoh masa maksimum lima tahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Datuk Red lantik peguam bantu selesai hutang RM7 juta

Lantik peguam bantu selesai hutang

Foto: Utusan

“Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang yang saya berhutang, tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya terus sekarang.
“Tapi ada cara dan prosedurnya untuk mereka tuntut hutang pada saya dengan hubungu peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang ini.

Foto: Kosmo Digital

“Saya tak suka salahkan orang, saya salahkan diri sendiri. Jadi saya jangkakan hutang saya mungkin akan langsai dalam tempoh lima tahun, InsyaAllah,” katanya.

Datuk Red berkata demikian ketika ditemui pada sidang media perlantikan peguam bagi isu hutangnya di kediaman Datuk Wira Dr. Azizan Osman di Shah Alam, Selangor.

Artikel lain: Ibu Neelofa bersyukur, jualan ‘live’ TikTok dengan Datuk Red cecah RM100,000

Sementara itu, Datuk Red turut berharap agar mana-mana individu yang terlibat memberikannya sedikit waktu dan bersabar sebelum dia dapat mengembalikan wang tersebut kepada mereka.

Mohon tempoh lima tahun, Datuk Red lantik peguam bantu selesai hutang

“Saya harap mangsa-mangsa bersabar, beri masa dan ruang. Boleh hubungi peguam saya untuk dapatkan kembali duit mereka.
“Saya dah cuba macam-macam usaha sejak lima tahun lepas, tapi Allah SWT berikan jalan lebih-lebih lagi selepas temu bual bersama mStar, inilah jalan terakhir saya untuk jelaskan hutang saya.
“Andai kata dah selesai semua hutang, Allah nak cabut nyawa saya pun tiada masalah,” luahnya.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dia telah diisytiharkan muflis sejak 2019 dan tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

Lantik peguam bantu selesai hutang

Disamping itu, Datuk Red turut berkata sepanjang tempoh itu, keluargnya telah ditanggung oleh isteri kedua, Adira memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sekadar info, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi telah memfailkan cerai terhadap Datuk Red atas alasan tiada lagi persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu.

Beberapa bulan kemudian, isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim pula memfailkan cerai terhadapnya pada Januari lalu.

Untuk rekod, Datuk Red berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Dalam pada itu, Datuk Red dikurniakan lima orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Datin Seri Syarifah Nur Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

Datuk Red juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Continue Reading
Advertisement