KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan bola sepak Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohamad Haadi Wahab, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga seorang penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) didakwa cuba melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000.
Kesalahan itu dilakukan pada 22 November lalu di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak jam 12.05 malam.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 511 (KK) kerana cuba melakukan khianat.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan menetapkan 26 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.
Media sebelum ini melaporkan berlaku satu kekecohan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus selepas berakhir perlawanan membabitkan TFC dengan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, sekumpulan penyokong bertindak membaling batu dan objek keras ke arah bas yang membawa pemain Selangor mengakibatkan kenderaan itu rosak di bahagian cermin dan tingkap.
Nur Fazlizai Ali
Thu Nov 24 2022
Mohamad Hadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba melakukan perbuatan khianat terhadap bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC, selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia Isnin lalu. - Foto BERNAMA
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Penyokong Terengganu FC mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan bola sepak Selangor.