Setiausaha UMNO Negeri Sembilan tewas di Seremban - Utusan Malaysia

Setiausaha UMNO Negeri Sembilan tewas di Seremban

umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Empat daripada lima buah bahagian UMNO di Negeri Sembilan yang menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua telah selesai melakukan pengiraan bagi proses pemilihan yang diadakan siang tadi.

Bahagian tersebut adalah Port Dickson, Rasah, Jempol dan Seremban manakala bahagian Kuala Pilah difahamkan belum selesai melakukan pengiraan.

Di Bahagian Seremban, menyaksikan kejutan apabila Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim gagal mempertahankan jawatan ketua apabila tewas kepada pencabarnya, Mazalan Maarop.

MAZALAN Maarop (tengah) bersama pemenang jawatan timbalan ketua, Datuk Seri Md Yusop Harmain Shah dan pemenang jawatan naib ketua, Mohd. Asna Amin selepas pengumuman pemenang pemilihan UMNO Bahagian Seremban di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Bahagian Jempol pula menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor menewaskan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin bagi jawatan ketua.

Jawatan berkenaan pada penggal sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif yang telah digantung keahlian parti selama enam tahun.

Di Port Dickson pula, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Mohd. Faizal Ramli mengekalkan jawatannya itu manakala anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd. Najib Mohd. Isa menang bagi jawatan timbalan ketua.

Bahagian Rasah pula menyaksikan Datuk Hasim Rusdi mengekalkan jawatan ketua dengan menewaskan dua orang lagi pencabarnya..-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.