[VIDEO] Kerajaan tanggung kos haji RM1,000 setiap jemaah B40

Anwar menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas 2023 di Stadium Malawati pada Sabtu. - Foto: Bernama
Anwar menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas 2023 di Stadium Malawati pada Sabtu. - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada kenaikan kos haji bagi jemaah golongan berpendapatan rendah (B40) pada tahun ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kementerian tersebut akan menanggung kos tambahan RM1,000 yang telah dikenakan kepada kumpulan itu pada tahun lalu.

"Ini nak pergi haji kita beri subsidi kepada semua jemaah. Kira buat perubahan untuk B40 walaupun tahun lalu semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kos haji untuk B40 naik RM1,000.

"Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, tetapi saya kira-kira, B40 tak payah (ada kenaikan). Kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung oleh Kementerian Kewangan supaya orang (B40) boleh pergi haji tanpa kenaikan," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati pada Sabtu

Sebelum ini media melaporkan, Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan dua kadar bayaran kepada bakal jemaah muassasah yang pertama kali mengerjakan rukun Islam kelima itu berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.

Setiap jemaah muassasah daripada golongan B40 perlu membayar RM10,980 sementara bagi jemaah bukan daripada kategori B40 akan dikenakan bayaran sebanyak RM12,980.