Dalam kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina, industri hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan amukan dari penyanyi yang terkenal dengan panggilan Mummy, siapa lagi kalau bukan Mas Idayu dalam sebuah rancangan hiburan yang menampilkan peserta yang mempunyai talian kekeluargaan bergabung untuk merebut hadiah yang ditawarkan di samping mencabar diri dari setiap cabaran yang diberikan.

Minggu lepas, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang berbaur amarah dari Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri bagi rancangan itu.

Komen yang diberikan mungkin kedengaran sangat beremosi namun penuh dengan nasihat, umpama ‘Ibu Marahkan Anak’ yang berulang kali melakukan kesilapan yang sama.

Terkesan dengan komen yang diterima, penyanyi Sissy Iman yang merupakan peserta program tersebut kelihatan sangat tersentap dan dilihat tidak mampu menahan airmata sewaktu berada di pentas.

“Tak Mengapa, Saya Ada”. Ucapan Naim Daniel Untuk Sissy Iman Buat Ramai Sebak

Malah perkara itu berlarutan apabila Sissy dilihat tidak tampil di akhir rancangan tersebut dan rentetan dari itu Sissy Iman telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya seolah tidak mahu meneruskan karier nyanyian.

Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Terbaharu pasangan Sissy Iman dalam rancangan tersebut yang juga merupakan sepupunya iaitu Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan yang bersisa dua minggu sahaja lagi.

IKLAN

“Tak Mengapa, Saya Ada”. Ucapan Naim Daniel Untuk Sissy Iman Buat Ramai Sebak

Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Tak mengapa, saya ada.

Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.

Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.

Tak mengapa, saya ada.

IKLAN

Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.

Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.

Tak mengapa, saya ada.

Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.

Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.

Tak mengapa, saya ada.

IKLAN

Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.

Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.

Tak mengapa, saya ada.

“Tak Mengapa, Saya Ada”. Ucapan Naim Daniel Untuk Sissy Iman Buat Ramai Sebak

Semoga Sissy Iman terus kuat dan menganggap semua yang berlaku ini satu cabaran buatnya.

Kalah atau menang adalah adat bertanding, yang penting adalah ilmu yang diberikan oleh para juri serta pengalaman yang pasti akan mengajarnya sesuatu yang berharga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Tak Mengapa, Saya Ada”. Ucapan Naim Daniel Untuk Sissy Iman Buat Ramai Sebak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI