berita

Lebih Selesa Tidak Berkongsi Tentang Bakal Suami, Afifah Nasir Kahwin Tahun Depan

January 25th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Afifah Nasir akui dalam perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya. Walau bagaimanapun, perancangannya itu dibawa ke tahun hadapan dek kerana kesibukan jadual lakonannya.

Artikel Berkaitan: ‘Now I Tahu Afifah Nasir Dulu Mangsa Keadaan Je’

Artikel Berkaitan: ‘Genting Jer Bukan London’ – Afifah Nasir Perli Bella?

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Suruh Mereka Rapat’ – Pengarah Akhirnya Jawab Dakwaan Afifah Nasir ‘Dipaksa’

Dahulukan kakak

Tambahnya, dirinya sudah bersedia untuk melangkah ke jenjang pelamin namun pelakon ‘Sentuhan Najwa’ itu perlu memberi laluan kepada kakaknya, Mia Nasir oleh kerana kesibukan kerjayanya.

Saya seronok tengok kakak-kakak saya bersama pasangan dan anak anak. Tapi saya perlu stabilkan kewangan dahulu dan barulah berkahwin. 

Mulanya, saya merancang untuk berkahwin tahun ini, cuma jadual lakonan penuh dan saya tangguhkan perancangan itu pada tahun hadapan. Saya beri laluan kepada Mia dahulu. 

Afifah berkata demikian ketika sidang media RR Bridal di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur bagi memperkenalkan pereka fesyen junior jenama terkenal tersebut, baru-baru ini.

Bakal suami

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tersebut menyatakan bahawa bakal suaminya itu tidak terlibat dalam dunia seni dan merupakan seorang jejaka yang biasa. 

Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir akui kurang selesa untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang bakal suaminya demi menjaga privasi. 

Dia (bakal suami) bukan orang dalam industri dan sangat menjaga privasi. Jadi, biarlah saya rahsiakan identitinya. Dia pun tak mahu identitinya didedahkan. 

Walau bagaimanapun, dia faham bahawa golongan selebriti ini diberikan perhatian yang lain dan dia reda dengan perkara itu. 

Sementara itu, menurut Afifah, dia inginkan majlis sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Namun, ibu bapa kepada aktres tersebut inginkan majlis meriah yang tiada rakan atau saudara mara yang ketinggalan daripada senarai tetamu.

SKIP THIS AD ×