Artikel

Inflasi Malaysia Dijangka Terkawal Tahun Ini – Berkembang Sekitar 3.0%

Paras inflasi utama negara dijangka akan lebih terkawal dan sederhana pada tahun ini, dengan perkembangan 3.0% ekoran nilai ringgit yang disasar terus mengukuh bersama peningkatan 9.7% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran ketika ini.

Pengamatan AmInvest Research itu, turut menjelaskan sokongan penurunan harga komoditi yang lebih rendah juga turut membantu pasaran negara – tangani tekanan harga utama.

Pada masa yang sama, penyelidikan melihat usaha pentadbiran meluaskan peluang tenaga negara berpotensi melandaikan tekanan inflasi dari semasa ke semasa. Ini kerana setakat ini jumlah kekosongan pekerjaan di Malaysia lebih tinggi, berbanding sebelum pandemik COVID-19.

Akan tetapi risiko kenaikan inflasi kekal wujud, susulan jumlah perbelanjaan swasta masih lagi kukuh menyebabkan jualan perdagangan borong dan runcit berupaya lebih tinggi.