fbpx

Banjir: Tujuh mangsa dipindahkan ke PPS di Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh mangsa banjir ditempatkan di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya di Rompin.

KUANTAN – Seramai tujuh mangsa daripada dua keluarga di daerah Rompin dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air bermula semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa dari Bandar Perwira Jaya ditempatkan di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya di Rompin.

“Kejadian banjir disebabkan hujan lebat berterusan sejak pukul 8.30 pagi semalam.

“Pasukan APM terus melakukan pemantauan di kawasan dinaiki air dan juga kawasan berisiko banjir,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI