fbpx

Jual dadah dalam bekas jus, minuman susu kultur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minuman susu kultur dan jus dirampas dalam serbuan di Banda Hilir, Sabtu lalu.

MELAKA – Kegiatan sepasang suami isteri mengedar pelbagai jenis dadah menggunakan minuman susu kultur dan jus bernilai RM206,111 berakhir selepas mereka diberkas di Banda Hilir, di sini, minggu lalu.

Suspek lelaki tempatan dan isterinya warga Thailand berusia 28 dan 34 tahun diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek lelaki diberkas pada pukul 8.30 malam di tempat parkir sebuah pangsapuri di Banda Hilir.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah jus (3,910 mililiter) dan serbuk (75.6 gram) disyaki ketamin dalam beg kain yang digalas.

“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan kedua di sebuah pangsapuri yang dijadikan stor menyimpan dadah. Seorang wanita yang juga isteri suspek ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasangan itu aktif sejak Disember lalu dan mengambil bekalan dari Kuala Lumpur serta Johor untuk dipasarkan di kelab malam di negeri ini pada harga RM150 sehingga RM300 sebotol.

“Kita merampas sejumlah botol jus dan minuman kultur disyaki berisi cecair ketamin berjumlah 56,700 mililiter, serbuk ketamin (2134.37 gram), pil ekstasi (229 gram), ganja (33.53 gram) dan pil eramin 5 (144 gram) bernilai RM206,111,” katanya.

Polis menyita sebuah kereta jenis Proton Saga, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM25,680.

Christopher berkata, ujian air kencing mendapati pasangan itu tidak mengambil dadah dan tiada rekod jenayah lampau. Kedua-dua suspek direman sehingga 26 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI