CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Tempatan] Polis terbabit Ayahanda Harimau Kumbang disyaki jalankan aktiviti gangsterism juga [METROTV]

  [Copy link]
Post time 24-1-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Polis terbabit Ayahanda Harimau Kumbang disyaki jalankan aktiviti gangsterism juga [METROTV]



Kuala Terengganu: Pegawai dan anggota polis yang ditahan kerana terbabit dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) didakwa turut menjalankan aktiviti gangsterism dan keganasan, termasuk ugutan jenayah.

Difahamkan, kumpulan terbabit dikatakan melakukan jenayah membabitkan kutipan wang pinjaman bagi ceti haram along dan tarik kereta, bagaimanapun tidak semua pegawai serta anggota polis yang ditahan melakukan aktiviti keganasan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti aktiviti dilakukan kumpulan terbabit dan setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada semua pegawai dan anggota ditahan itu terbabit dengan aktiviti keganasan, sebaliknya ada antara mereka yang sekadar menyertai kumpulan itu sebagai ahli biasa.

"Semua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu ditahan di Dungun dan Kuala Terengganu antara Khamis dan Sabtu lalu.

"Sepuluh daripada 14 individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 sudah dikenakan perintah tahan kerja bermula petang semalam, manakala yang lain masih ditahan reman sehingga esok," katanya pada sidang media di IPK Terengganu di sini, hari ini.


ANTARA barang yang dirampas ketika serbuan. FOTO Ghazali Kori


Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit diketuai lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Hussin Hassan yang dipercayai serpihan daripada Pertubuhan Selendang Merah.

"Bagaimanapun, (Pertubuhan) Selendang Merah adalah pertubuhan berdaftar dan setakat ini kita tidak ada menerima sebarang aktiviti keganasan membabitkan pertubuhan itu.

"Kita akan meminta supaya kumpulan (AHK) ini diwartakan sebagai haram," katanya.

Beliau berkata, susulan penahanan anggota kumpulan AHK itu, polis merampas lapan kereta, 28 telefon bimbit, borang keahlian, logo pertubuhan, baju serta al-Quran, sejadah, songkok dan kain kapan dipercayai digunakan bagi upacara 'baiah' kumpulan terbabit.

Katanya, pihaknya turut merampas pelbagai senjata berbahaya iaitu enam bilah pedang, dua badik, satu ekor pari yang diubah suai menjadi senjata berbahaya.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan 1958," katanya.

Portal Harian Metro semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan anggota dan pegawai kanan polis terbabit Jumaat lalu dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Selendang.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ktiviti-gangsterism

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.100069 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list