ERIK ten Hag mengubah nadanya dan menyatakan dia gembira prestasi keseluruhan pertahanan Manchester United musim ini, walaupun mengkritik pasukannya selepas tewas 3-2 kepada Arsenal.
United ketinggalan 11 mata di belakang The Gunners dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, susulan Eddie Nketiah menjaringkan gol kemenangan lewat di Stadium Emirates Ahad lalu.
Selepas tamat perlawanan, Ten Hag berkata kegagalan pertahanan United 'tidak boleh diterima'.
Bercakap menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala EFL menentang Nottingham Forest, Ten Hag menjelaskan dia bercakap mengenai mempertahankan gol secara khusus dan sebaliknya gembira dengan usaha pasukannya di bahagian pertahanan, walaupun ada pengajaran yang perlu diambil.
“Saya fikir dalam banyak perlawanan kami bertahan dengan sangat baik, kami mempunyai banyak rekod tanpa dibolosi,” kata Ten Hag.
"Menentang Man City [dalam kemenangan 2-1 United baru-baru ini di Old Trafford], kami bertahan dengan sangat baik. Saya fikir, secara umum, juga menentang Arsenal, kami bertahan dengan baik.
"Saya tidak fikir mereka mempunyai banyak percubaan yang baik, saya fikir sekali menerusi sepakan percuma. Tetapi selebihnya adalah rembatan dari jarak jauh, apabila kami mempunyai banyak pemain yang berusaha untuk mempertahankan gawang pasukan.
"Itulah yang saya maksudkan apabila saya berkata semua jaringan boleh dielakkan dan ia tidak boleh berlaku. Itulah maksud saya, apabila anda melepaskan tiga gol dalam perlawanan, amat sukar untuk memenangi perlawanan.
"Itulah yang berlaku jadi itu salah satu kesimpulan. Ia tidak boleh berlaku. Kita tetapkan kesimpulan itu... kita kena belajar dan ambil pengajaran ini."
Astro Arena
Wed Jan 25 2023
Erik ten Hag memberi arahan kepada pemainnya ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates, London, 22 Jan 2023. (Foto AP)
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Euro 2024: Gareth Southgate elak dikaitkan ke Manchester United, fokus kempen England
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, tidak akan bercakap dengan mana-mana pihak yang berminat dengan khidmatnya hingga selepas Euro 2024 berakhir.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Pemain remaja United Kobbie Mainoo 'naik pangkat'
Kobbie Mainoo tidak menyangka diserap buat kali pertama dalam skuad England bimbingan Gareth Southgate menjelang dua aksi persahabatan tidak lama lagi.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar
Dua gol dalam tempoh tiga minit dijelmakan Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjelang penghujung separuh masa pertama.
Bintang Man Utd kerugian lebih RM4.7 juta
Bintang Manchester United, Scott McTominay bakal kerugian RM4.7 juta selepas melabur dalam perniagaan yang gagal dijalankan oleh bapa tunangnya.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
Tiada 'tongkat ajaib' di Manchester United - Ole Gunnar Solskjaer
Ini merupakan musim kedua yang menyedihkan bagi pengurus dari Norway, Ole Gunnar Solksjaer.
EPL: Sang penembak tepat Phil Foden wira Man City
Foden membatalkan gol pembukaan memukau Marcus Rashford dalam separuh masa pertama, 11 minit selepas rehat.