Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sah! UMNO Pecat Annuar, 2 Ketua Wanita Bahagian

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 1:40PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan dua lagi pemimpin akar umbinya sah dipecat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemecatan Annuar bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan juga Ketua Wanita UMNO Bahagian  Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan parti.

Beliau yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, pemecatan Annuar, Shamsiah dan Fatimah berkuat kuasa serta-merta.

Annuar Musa
Annuar Musa

“UMNO mempunyai hak untuk melucutkan keahlian mana-mana pemimpin parti itu sekiranya didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO dan perkara mengenai tata etika ahli.

"Surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini," katanya selepas hadir Majlis Khatan Perdana di Masjid Kampung Jawa Ulu di Pontian, Johor, hari ini.

Selepas selesai mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn di sini malam tadi, Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media memaklumkan mengenai pemecatan tersebut.

Mohd Puad bagaimanapun enggan mendedahkan nama tiga pemimpin itu dan menjelaskan pemecatan tersebut dibuat kerana mencemuh parti dan berkempen untuk pihak lain ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain Annuar, dua lagi yang dipecat iaitu Shamsiah adalah isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim manakala Fatimah pula isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Kedua-duanya Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 baru-baru ini.

Bulan lalu, Shamsiah dan Fatimah digantung sementara seluruh jawatan mereka atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung, menyokong calon parti lawan pada PRU-15.

Annuar pula turut tidak dinamakan sebagai calon BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh pada PRU-15.

Sebaliknya beliau digantikan Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh, Marzuani Ardila yang gagal mempertahankan kerusi tersebut selepas hanya mendapat 17, 435 undi. – Getaran, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Politik 1 hari yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran