SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas sebanyak 5,015 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai lebih RM12,500 di sebuah premis industri ringan di Zon Perindustrian Tasik Jaya, pagi Jumaat.
Pengarah KPDN negeri Muhammad Zahir Mazlan berkata dalam serbuan kira-kira 10.15 pagi itu pihaknya menjumpai 295 kotak minyak masak peket bersubsidi sekilogram berada di dalam premis yang merupakan tempat pengumpulan minyak masak terpakai.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati premis dan individu di premis itu tidak mempunyai sebarang lesen atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan.
"Premis ini disyaki melakukan pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki dengan cara memotong minyak masak plastik polibeg dan mencampurkan ke dalam tangki minyak masak terpakai bagi mendapatkan kuantiti yang banyak sebelum dijual kepada syarikat lain untuk dijadikan bahan api bio.
"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan sekitar enam bulan dan berselindung di sebalik premis pengumpulan minyak masak terpakai," katanya dalam kenyataan semalam.
Muhammad Zahir berkata empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Serbuan kira-kira 10.15 pagi itu pihaknya menjumpai 295 kotak minyak masak peket bersubsidi sekilogram berada di dalam premis yang merupakan tempat pengumpulan minyak masak terpakai. - Foto KPDN
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.
Guna ID cetus pelbagai persoalan
Penganalisis ekonomi menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.
Syed Saddiq terjah pasar raya, kedai 'cari' beras, minyak peket
Syed Saddiq bertanya peruncit mengenai minyak masak peket bersubsidi dan menggesa bekalan tersebut diletakkan untuk dibeli pengguna.
Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.
KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.
Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.
KPDN Negeri Sembilan rampas 5,015kg minyak peket
Empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Lelaki ditahan bersama 595kg minyak masak peket
Rampasan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.