Gempa susulan di Cianjur berterusan empat hari lagi - Utusan Malaysia

Gempa susulan di Cianjur berterusan empat hari lagi

PENDUDUK melihat serpihan bangunan yang rosak teruk akibat gempa bumi di Cianjur di Jawa Barat Isnin lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia merekodkan lebih 145 gempa susulan di Cianjur di Jawa Barat sejak kelmarin dan menganggar aktiviti gempa susulan di kawasan berkenaan hanya akan reda dalam tempoh empat hari lagi. 

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, perkembangan seismik di kawasan berkenaan tidak membimbangkan kerana aktiviti gegaran tersebut dilihat semakin lemah namun penduduk masih perlu berjaga-jaga ekoran cuaca hujan yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

“Paling kecil ialah 1.2 skala Richter dan BMKG menganggarkan dalam tempoh lebih kurang empat hari lagi, gempa bumi akan berkurangan dan berhenti.

“Namun wilayah Jawa Barat sudah memasuki musim hujan, oleh itu adalah perlu untuk membuat persediaan menghadapi impak seperti potensi tanah runtuh. Apa yang mendesak ialah mengendalikan segera longgokan tanah, sampah dan kayu,” katanya.

Dwikorita turut menjelaskan gempa bumi di Cianjur berlaku dalam kitaran 20 tahun sekali dan kali terakhir kawasan itu digegarkan oleh gempa bumi besar adalah pada tahun 2000 dan 1982.

“Gempa bumi boleh berulang dalam tempoh 20 tahun akan datang. Jadi semasa fasa pembinaan semula, kerajaan perlu memberi perhatian untuk menjadikan bangunan tahan gempa,” ujarnya.

Isnin lalu, gempa bumi kuat berukuran 5.6 skala Richter menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat dan angka kematian dilaporkan meningkat kepada 268 orang sejak semalam dengan 122 orang daripada jumlah itu sudah dikenal pasti.

Semalam, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesahkan seramai 58,362 penduduk di lebih 12 daerah kehilangan tempat tinggal selepas hampir 22,198 unit kediaman musnah akibat bencana itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya