[SIDANG DUN] Kelantan selaras agensi penyelamat hadapi banjir

[SIDANG DUN] Kelantan selaras agensi penyelamat hadapi banjir di Kuala Krai

AHMAD Yakob-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sudah menyelaraskan gerak kerja agensi penyelamat khususnya di jajahan Kuala Krai sebagai persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku pada bila-bila masa bermula sekarang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, persediaan awal itu dilakukan menerusi satu mesyuarat Jawatan Kuasa Bencana Banjir Kuala Krai yang telah dilakukan pada 13 September lalu.

Menurutnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan aspek penyelarasan tugas antara agensi penyelamat bagi memastikan operasi pengurusan banjir berjalan lancar.

“Kita pecahkan pasukan penyelamat ini kepada beberapa zon. Polis kita tugaskan mereka untuk menguruskan bencana banjir di Kawasan bandar Kuala Krai dan Manek Urai sementara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuala Pertang, Chuchuh Puteri dan Sungai Pas.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula, kita tempatkan pasukan ini di kawasan Kampung Keroh,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengekabang Muhammad Mat Sulaiman berkait dengan isu banjir yang sering melanda Mukim Chenulang, Dusun dan Kebun Pisang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Pengal Kelima kali ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

ADUN Pasir Pekan itu memberitahu, latihan bersama dengan agensi penyelamat di Kuala Krai sudah dilakukan pada 13 Oktober lalu.

Katanya, latihan itu bertujuan memastikan persiapan dan operasi menyelamat mangsa banjir berjalan lancar serta mengikut secara perancangan yang telah dibuat.

“Sesi latihan menyelamat bersama syarikat Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) turut dijalankan sebagai persiapan menghadapi banjir,” ujarnya.

Mengulas soalan tambahan berkait dengan Masjid Chenulang yang sering ditenggelami banjir, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pembersihan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya