PHNOM PENH: Kontinjen Malaysia yang masih buntu menemui pingat emas pada hari kelapan temasya Sukan SEA Kemboja 2023 setakat ini menambah satu kilauan perak menerusi sukan perlumbaan bot tradisional.
Pada saingan grand final yang berlangsung di Prek Kampot di wilayah Kampot, kira-kira 150 kilometer dari sini, pingat perak itu disumbangkan dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki.
Skuad perlumbaan bot tradisional negara mencatat masa 2 minit dan 9.545 saat (s) di belakang Thailand yang merangkul emas dengan catatan 2:03.764s sementara Kemboja membawa pulang gangsa selepas menamatkan saingan dengan catatan 2:10.120s.
Kejayaan itu menamatkan badi tanpa pingat selama 30 tahun pasukan negara dalam sukan itu sejak kali terakhir Malaysia meraih pingat pada edisi 1993 di Singapura.
Skuad negara, antaranya, dibarisi Ahmad Amir Khan Zainalabadin Khan, Ahmad Ariff Rasydan, Ahmad Nuqman Hadi Ayob, Khairul Naim Zainal, Mirza Adli Shaharaziz, Mohammad Fahmi Izwan Shahril dan Montoya Raw Michael.
Melengkapi pasukan adalah Muhammad Fakhrullah, Muhammad Aiman Zamberi, Muhammad Bahij Rabbani. Muhammad Ridzuan Abdul Aziz, Muhammad Shahrin Haziq dan Nik Afiq Nik Mazli.
Sementara itu, kem perlumbaan bot tradisional negara turut menyumbangkan gangsa menerusi acara 250m 3 Kru (U24) wanita.
Vietnam merangkul emas dalam acara itu selepas menjadi pasukan terpantas dengan catatan 2:49.560s diikuti Kemboja yang merakam 2:49.636s untuk berpuas hati dengan perak dan Malaysia jauh ketinggalan berdasarkan catatan masa di tempat ketiga selepas merekodkan 4:26.028s.
Skuad negara dibarisi Farah Zulaikha Tokiman, Nur Amirah Anisah Abd Kadir, Nur Atasha Nabila Saring, Nur Syahirah Fuad, Nurul Najieha Zulkifli dan Siti Nurul Masyitah Md Elias.
Dalam pada itu, Malaysia mengakhiri acara 250m 5 Kru (U24) lelaki di kedudukan keempat di belakang Myanmar yang memenangi emas, Kemboja (perak) dan gangsa menjadi milik Thailand.
Acara perlumbaan bot tradisional akan bersambung esok dan melabuhkan tirai saingan pada Selasa ini.
Setakat jam 5 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia), kontinjen negara telah mengumpul 28 emas keseluruhan dengan sasaran yang ditetapkan pada edisi ke-32 temasya sukan dwitahunan itu adalah 40 emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Syabas! Pingat perak itu disumbangkan dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki. - Facebook Majlis Sukan Politeknik Malaysia
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.