CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Liga Europa: AS Roma mula impi aksi pentas final

[Copy link]
Post time 13-5-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

BOVE muncul wira Roma selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Leverkusen pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi semalam. – AFP



ROM – Jurulatih sensasi, Jose Mourinho semakin hampir untuk menjulang satu lagi kejayaan di pentas tertinggi selepas pasukan kendaliannya, AS Roma menca­tatkan kemenangan 1-0 ke atas Bayer Leverkusen pada aksi pertama separuh akhir Liga Europa, awal pagi semalam.

Jaringan tunggal Edoardo Bove meletakkan AS Roma kini sebelah kaki di pentas akhir untuk memastikan final kedua buat Mourinho bersama kelab Itali itu selepas menjulang trofi Liga Konferens Europa, musim lalu.

“Semuanya bergantung kepada pemain kerana mereka bermain dengan penuh kemahuan dan memiliki mentaliti yang be­tul. Saya dapat merasakan sokongan daripada penyokong.

“Begitu juga dengan pemain, mereka menunjukkan tindak balas dan kemahuan kami sekarang adalah untuk menghadirkan ke­gembiraan buat penyokong,” kata Mourinho.

Beliau juga pastinya lega untuk meraih kemenangan ini memandangkan berdepan masalah kecergasan pemain yang me­nyaksikan barisan bintang se­perti Paulo Dybala dan Georginio Wijnaldum hanya dimasukan pada 15 minit terakhir.

Jika mampu menjuarai sai­ngan kali ini, ia akan melengkap­kan trofi kedua buat Mourinho selepas melakukannya pada 2017 bersama Manchester United.

Sementara itu, Bove menyifatkan kejayaan kali ini adalah perkara terpenting buat AS Roma dan ia menjadi hasil paling berbaloi selepas seluruh pasukan bekerja keras sepanjang perlawanan.

“Leverkusen berjaya memberikan kesukaran hingga memaksa kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Sudah pasti saya begitu gembira dengan keputusan ini kerana kami perlu memenangi perlawanan pertama sebelum berkunjung ke tempat lawan,” kata Bove.

Aksi separuh akhir kedua di Bay Arena dijadualkan akan berlangsung 19 Mei ini menyebabkan Roma perlu lebih waspada berdepan sokongan padu penyokong tempatan selain Le­verkusen pastinya turun dengan aksi bermati-matian untuk mencari kemenangan. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -aksi-pentas-final/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074234 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list