in

“0% interest fee”- Bos Benarkan Staf Buat Pinjaman Dengan Syarikat Untuk Beli Tiket Konsert Coldplay

F1 Coldplay Ticket Installment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, berita tentang band muzik terkenal di dunia iaitu Coldplay yang bakal datang ke Malaysia dan Indonesia untuk konsert pada bulan November ini telah menggembirakan peminat-peminatnya di kedua-dua buah negara.


Ramai yang dah tak sabar nak berebut beli tiket konsert tersebut secara online nanti.

Namun, ada juga yang kecewa sebab penjualan tiket konsert itu akan bermula pada pertengahan bulan, jadi ada yang belum dapat gaji untuk beli tiket konsert tersebut.

Namun, seorang bos di sebuah syarikat di Indonesia ini pula telah bermurah hati membenarkan kakitangannya membuat pinjaman dengan zero interest fee atau tanpa kadar faedah untuk membeli tiket konsert Coldplay.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Korang boleh baca e-mel daripada bosnya di bawah:

Dalam emel tersebut, bos berkenaan mengatakan bahawa dia sendiri pernah menghadiri konsert ahli kumpulan muzik itu di Singapura dan Bangkok pada tahu 2017 lalu dan ia merupakan pengalaman terbaik dalam hidupnya.

Jadi, apabila Coldplay akhirnya bakal datang ke Indonesia pada hujung tahun ini, dia tidak mahu ada stafnya yang terlepas peluang keemasan ini.

1 1 1

Oleh sebab itu, bos syarikat ini memberi kebenaran kepada kakitangannya yang berminat untuk membeli tiket konsert itu dengan membenarkan mereka membuat pinjaman dengan syarikat tanpa faedah.

Bayaran untuk pinjaman itu kemudiannya akan ditolak daripada gaji mereka nanti.

Lagi best, bos dia kata pinjaman yang sama akan turut diberikan jika Taylor Swift hadir ke Indonesia untuk konsert nanti.

Bestnya la kan dapat bos yang memahami dan baik hati macam ni.

Sumber: Twitter @aetheraz

Baca: Pernah Taja RM 3.2 Juta Bersihkan Sungai Malaysia, PMX Ucap Selamat Datang Kepada Coldplay

Ft Pmx Coldplay 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.