CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

EPL: Manchester United resah hilang kedudukan

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode

UNITED perlu kembali meraih kemenangan menentang Wolves selepas dua kekalahan sebelum ini. - AFP



MANCHESTER – Kem Manchester United ketika ini berdepan kebimbangan sama ada mereka mampu untuk menamatkan saingan di kelompok empat pasukan teratas musim ini ekoran berdepan isu kelesuan.

United sudah beraksi dalam 57 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan memiliki baki lima lagi aksi musim ini melibatkan empat aksi Liga Perdana Inggeris serta final Piala FA menentang Manchester City bulan depan.

The Red Devils menjadi satu-satunya pasukan yang beraksi pada setiap pertengahan minggu sejak kempen Piala Dunia di Qatar termasuk aksi final Piala Liga Inggeris, suku akhir Liga Europa dan Piala FA.

Pengendali United, Erik Ten Hag sudah beberapa kali menyebut mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi pasukannya, namun enggan menjadikan ia alasan persembahan buruk dipamerkan selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut.

Selepas kekalahan 0-1 kepada West Ham United Sabtu lalu, Ten Hag mengakui sangat lega apabila pasukannya memiliki tempoh rehat yang lebih panjang buat pertama kali sekali gus mampu mengurangkan tekanan serta kepenatan.

“Ini adalah pertama kali sejak perayaan Hari Krismas kami dapat tempoh rehat dan persiapan penuh untuk seminggu. Kami perlu reset dan mengembalikan semula tenaga untuk meneruskan perjalanan berbaki.

“Sekarang ini bergantung kepada pemain, saya sendiri dan staf kejurulatihan untuk terus teguh bersama-sama mendapatkan kesanggupan dan keyakinan bahawa kami mampu untuk meneruskan perjuangan ini,” jelasnya.

United perlu kembali mendapatkan keputusan yang positif menjelang aksi menentang Wolverhampton Wanderers malam ini bagi mengekalkan kelebihan ke atas pencabar utama mereka, Liverpool yang sedang mengintai kedudukan merampas posisi keempat EPL ketika ini. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... h-hilang-kedudukan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.056460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list