Keadaan bilik persalinan pemain Jepun kejutkan peminat bola sepak

Keadaan bilik persalinan pemain Jepun kejutkan peminat bola sepak. Skuad Samurai Blue kendalian Hajime Moriyasu mencipta kejutan apabila menang tipis 2-1 ke atas skuad Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka semalam.

Kemenangan tersebut pastinya menyuntik semangat positif kepada mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Costa Rica pada Ahad (27 November).

Malah untuk rekod, Nippon Daihyō kini berada di kedudukan yang kedua di bawah Sepanyol dalam kumpulan E dengan masing-masing mengutip tiga mata.

Imbas kembali perlawanan semalam, Jerman mendahului perlawanan seawal minit ke-32 oleh pemain tengah, Gundogan menerusi sepakan penalti.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bagaimanapun, kedudukan itu tergugat apabila Jepun kembali menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-74 oleh Ritsu Doan.

Keadaan bilik persalinan pemain Jepun kejutkan peminat bola sepak

Namun hanya beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan, sekali lagi skuad kendalian Hajime menggegarkan gol pasukan lawan dengan satu jaringan oleh Asano pada minit ke-82 sekali gus meletakkan Jepun di hadapan.

Keputusan kekal 2-1 sehingga ke wisel penamat, sekali gus membuka mata peminat bola sepak dunia tentang ‘kuasa’ Asia meruntuhkan pasukan gergasi Eropah tersebut.

‘Tinggalkan bilik persalinan dengan bersih dan kemas’
Namun sementara itu, mungkin ramai yang sudah maklum tentang sikap orang Jepun yang begitu berdisiplin, menjaga kebersihan dan seumpamanya.

Siapa sangka, selain penyokongnya bertindak mengutip sampah di stadium secara sukarela, dalam masa sama pemain-pemain mereka juga turut menampilkan tingkah laku yang sama.

Seperti yang dikongsikan pada laman twitter @sportbible, ia memaparkan bilik persalinan pemain Jepun yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas.

Jelas kelihatan seperti gambar di bawah, baju jersi dan set persalinan lain dilipat elok-elok dan disusun di ruang tengah.

Malah, pasukan ini juga turut meninggalkan nota serta beberapa origami burung yang diletakkan di atas meja. ‘Shukran‘ yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘terima kasih’ ditulis dalam nota tersebut.

Tindakan sedemikian telah mendapat perhatian warganet dengan memuji-muji sikap ‘warga Jepun’ termasuklah pemain atau penyokongnya.

Hal ini kerana sebelum ini penyokong Jepun turut tular tentang sikap mereka yang mementingkan kebersihan dengan membersihkan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat.

BACA:

Majoriti saham di bursa Malaysia naik mencanak susulan Anwar PM-10

GRS setuju bersama dalam kerajaan perpaduan

Dakwaan PN tawar Hisham jawatan PM untuk tarik Umno, ini jawapan tuan badan