Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha enggan memberikan sebarang komen lanjut berhubung kes serangan yang berlaku terhadap pelakon Kamal Adli pada minggu lalu.
Menurut Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, kejadian serangan itu tidak seharusnya ‘disensasikan’ dengan merujuk kepada mana-mana negara.
Malah, pelakon berusia 27 tahun itu berkata kemalangan yang terjadi itu merupakan takdir yang sudah tertulis.
“Bila melibatkan soal keselamatan.. ia melibatkan takdir juga, kita tak tahu kan.
“Sekarang ni, kalau saya naik kapal terbang ke, kalau memang ditakdirkan berlaku kemalangan ke, ia akan terjadi juga.
“Jadi bukan disebabkan anda berada di Singapura atau di Malaysia.. perkara itu melibatkan takdir, kita tak boleh buat apa.
“Bagi saya, itu perkara yang melibatkan peribadi.. sebab saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya kerana sibuk dengan kerja saya,” katanya kepada MH.
Hannah ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk AEDOS Serum jenama Elegant yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi, Selangor pada malam Jumaat.
Terdahulu, Kamal telah diserang menggunakan cota besi oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang terlibat dalam jualan Mega Raya Sale di Singapore Expo pada 12 Mac lalu.
Susulan serangan itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher dan badan.
Pada Selasa lalu, suspek telah diperintahkan oleh mahkamah di Singapura bagi menjalani ujian psikiatri selama dua minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Baca Ada Tarannum Sikit Jadi Feel,” – Alun Surah Al-Fatihah Dengan Merdu, Suara Fahrur Raqib Dapat Pujian
Penyanyi dan penyampai radio, Fahrur Raqib mendapat pujian ramai apabila dia mengalunkan surah Al-fatihah dengan tarannum (bernada nyanyian).
Baginya, apabila mengalunkan dengan nada tersebut, menjadikan dirinya lebih menghayati makna setiap bacaan itu.
“Nak record video tapi kena jaga muammar sebab muaammar taknak duduk diam. nak main buka tutup laci almari. main kunci la ape la, ini lah jadinya.
“Saya nak share cara bacaan Alfatehah dalam solat. bila baca ade tarannum sikit jadi feel. betul tak? so korang boleh try la nanti bile jadi imam kt rumah nanti,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on
Raqib yang mengalunkan ayat suci sambil merakam video bersama anaknya, Muammar Rafiqi telah mendapat pujian ramai kerana telatah kanak-kanak berusia 11 bulan itu.
Terdahulu, Raqib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018.
Pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang dilahirkan pada 21 Jun 2019 seberat 3.5kg.
View this post on InstagramA post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hilang Seri Pagi Takda Kau…,” – Issey Fazlisham Tinggalkan Konti Suria FM, Rakan Penyampai & Selebriti Luah Rasa Sedih
Keputusan pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham untuk tidak lagi menyambung kontraknya bersama Suria FM nyata mengejutkan ramai pihak.
Antara yang paling terkesan dengan pengunduran Issey itu sudah tentu daripada keluarga Suria FM itu sendiri.
Bagi rakan penyampai yang juga merupakan gandingannya di segmen, Team Pagi Suria, Fizi Ali, meskipun menyifatkan keputusan tersebut agak berat untuk diterimanya, namun dia tetap akur dan mendoakan semoga sahabatnya itu akan terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburinya selepas ini.
“Issey, aku akan sentiasa doakan untuk sahabat aku berjaya di dunia dan akhirat. Aku mungkin tak pernah sebut depan-depan tapi aku sayang kau, aku sayang persahabatan kita.
“Kau jaga diri,insyallah ada jodoh kita akan bersama lagi sekali,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi rakan penyampai, Feeya Iskandar turut mendedahkan pemergian Issey ini sedikit sebanyak akan merubah suasana di konti Suria FM selepas ini.
Malah, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piyah itu turut menyifatkan Issey sebagai seorang sahabat yang baik.
“Walau terkejut tapi kami akur dengan keputusan kau untuk tinggalkan Suria FM @isseyfazlisham jangan lupakan kami di sini.
“Hilang seri pagi takde kau dan terima kasih sbb jadi kawan yang baik,semoga Allah permudahkan urusan kau sey. All the best sey!!,” jelas Cik Piah.
Selain rakan penyampai, antara yang turut tidak ketinggalan dalam menitipkan ucapan buat Issey sudah tentulah daripada kalangan barisan selebriti tempatan.
Menurut salah seorang anggota kumpulan, Floor 88 yang juga merupakan pelakon, Eric Fuzi, dia amat berterima kasih kepada Issey kerana telah menjadi salah seorang individu yang banyak mambantu perjalanan karier band tersebut.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dalam apa jua perjalanan yang kau pilih sey.
“Terima kasih kerana sepanjang di Suria, setiap kali ada segmen bersama Floor 88, korang layan kitaorang baik punya. Setiap kali jelajah Suria, kau ketua kampung paling best dalam bas,” luah Eric.
Terdahulu, Issey telah pun mengumumkan pengundirinya dirinya sebagai penyampai di Suria FM selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Issey Fazlisham, Fizi Ali, Feeya Iskandar & Eric Fuzi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bertemu Di Ruang Solat Yang Sama Dan Saya Pilih, Beritahu Suami Mahu Dinikahkan Di Sini,”- Tasha Shilla Cerita Simbolik Akad Nikah Di Masjid Wilayah
Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Sebelum ini, Atiq ada memberitahu mereka bertemu di ruang masjid terbabit ketika Tasha sedang menjalankan majlis amal di sana.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI