Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Perak - Utusan Malaysia

Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Perak

LOKASI pencarian remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak dekat Jeti Kampung Terengganu di Teluk Intan semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Perak dekat Jeti Kampung Terengganu di sini semalam.

Kehilangan remaja itu dilaporkan orang awam berikutan penemuan beg sekolah, baju dan seluar dipercayai milik mangsa di jeti berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.17 malam.

“Sebaik sahaja dimaklumkan kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan tetapi tiada sebarang penemuan hingga operasi ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam.

“Operasi SAR yang disambung semula pada pukul 7.30 pagi tadi memberi tumpuan di sekitar lokasi mangsa dipercayai lemas sehingga radius tujuh kilometer,” katanya.

Menurut beliau, usaha pencarian itu juga dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya