fbpx

KL, Alor Setar, Kuala Selangor suhu 37 darjah Celsius hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan terdapat 31 kawasan di Malaysia mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) hari ini.

MetMalaysia berkata, sebanyak 30 kawasan di Semenanjung Malaysia berdepan dengan cuaca panas tersebut iaitu di Perlis, Baling, Kota Setar, Bandar Baharu, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda, Pendang, Kulim, Sik dan Kuala Muda.

Kawasan seterusnya adalah di Hulu Perak, Kinta, Kuala Kangsar, Kuala Krai, Pasir Mas, Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Rompin, Temerloh, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Jelebu, Jempol, Tampin dan Muar.

Menurutnya lagi, terdapat satu kawasan di Sabah iaitu Kinabatangan turut berada pada Tahap 1.

Sementara di Sarawak, tiada kawasan dilaporkan berada pada Tahap 1.

“Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI