berita

Hotel Paling Mewah Di Dubai Bayar Beyonce RM111 Juta Untuk Persembahan Sejam

January 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Bintang pop antarabangsa, Beyonce menjadi bualan ramai selepas menerima bayaran sebanyak RM111 juta (20 pound) untuk mengadakan persembahan di sebuah hotel, Atlantis The Royal, di Dubai.

Artikel Berkaitan: Bangga Tayang Pendapatan RM76,000 Seminggu, Netizen Terasa Dengan ‘Statement’ Suami Fatin Afeefa – ‘Dah La Single Tak Ada Duit Pula’

Persembahan pertama

Memetik laporan Daily Mail, hotel paling mewah di dunia itu baru dilancarkan secara gah. Beyonce menjadi tajuk media tempatan selepas dibayar RM111 juta untuk satu jam sahaja.

Difahamkan, ini adalah persembahan pertama selepas empat tahun tidak melakukan sebarang konsert.

Menerusi Instagram @atlantistheroyal, pengelola akaun itu memuat naik foto Beyonce menggayakan busana berwarna kuning yang sangat menawan.

Selain itu, tetamu yang terpilih juga menerima layanan luar biasa apabila menerima cenderamata mewah iaitu sikat, berus gigi dan pencukur yang diperbuat daripada emas.

Bukan itu sahaja, ada kedai yang menjual hasil seni seniman Picasso serta terdapat 17 restoran dan bar membabitkan lapan selebriti chef termasuk bar sulung Heston Blumenthal, Resonance, di mana tetamu boleh mengagumi akuarium setinggi 21 kaki yang mengandungi 4,000 obor-obor.

Dalam pada itu, barisan selebriti lain yang hadir pada pelancaran itu termasuklah Kendall Jenner, Rebel Wilson, Liam Payne, Mark Wright dan Michelle Keegan serta suami Beyonce, Jay-Z dan anak-anak mereka.

Sumber: Dailymail

SKIP THIS AD ×