JASIN: Polis memburu seorang lelaki warga tempatan yang melarikan diri dari Penjara Pusat Koreksional Jasin, di sini petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, kehilangan banduan berusia 43 tahun itu disedari oleh warden penjara berkenaan kira-kira pukul 2.20 petang.
Katanya, suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan tersebut.
“Pihak polis menerima laporan pada jam 7.03 malam yang mana difahamkan semasa pengadu berada di Pejabat Pegawai Yang Bertugas (PYB) giliran awal Pusat Koreksional Jasin, pengadu telah dimaklumkan suspek telah menghilangkan diri.
“Pakaian terakhir yang digunakan suspek ialah baju banduan berwarna hijau dan juga berselipar,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut ujarnya, sejurus menerima laporan polis menggerakkan pasukan bagi membantu mengesan suspek.
“Pihak polis kemudian telah memulakan gerakan mencari banduan berkenaan dan siasatan berhubung kejadian itu juga sedang dilakukan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu dengan menyalurkan maklumat berkaitan suspek kepada pihak polis atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 24 2023
Kehilangan banduan berusia 43 tahun itu disedari oleh warden penjara berkenaan kira-kira pukul 2.20 petang. - Gambar hiasan
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.
Polis buru banduan lari dari penjara di Melaka
Polis memburu seorang lelaki warga tempatan yang melarikan diri daripada Penjara Pusat Koreksional Jasin, di sini petang tadi.
Dakwaan banduan lari dari penjara palsu
Anggota Penjara Sungai Udang akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular yang mengatakan 30 banduan mereka berjaya melarikan diri.
Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Banduan China bolos dari penjara Indonesia ikut longkang
Banduan itu dilihat keluar dari longkang bersebelahan penjara dan kemudian berjalan seperti biasa bagi mengelakkan dicurigai masyarakat.
89 banduan di Brazil melarikan diri menerusi terowong
Terdapat dua buah kereta dan sebuah motosikal di luar bangunan penjara dipercayai digunakan untuk membantu banduan melarikan diri.
Banduan lari ditangkap semula di Sri Damansara
Dia ditahan ketika bersembunyi di sebuah bangunan berhampiran tapak pembinaan di Jalan PJU 10/9 Sri Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 5.30 petang Jumaat.