CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14689|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak rekod sejarah yang pertama terima lima kereta berkuasa hidrogen

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:53 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Aziz (kiri) menyerahkan replika kunci kepada Uggah sambil disaksikan Abang Johari (tengah) sebagai simbolik penyerahan tiga unit Toyota Mirai di pekarangan Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut kelihatan Dr Sim (dua kanan) dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (kanan) yang mewakili Awang Tengah. - Gambar Muhammad Rais
KUCHING: Sarawak merekodkan sejarah selepas menjadi yang pertama di negara tropika menerima lima kereta berkuasa hidrogen iaitu Toyota Mirai.

Kelima-lima Toyota Mirai berkenaan dibeli oleh SEDC Energy iaitu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) daripada UMW Toyota Motor sebelum ini.

Tiga unit diserahkan kepada tiga Timbalan Premier Sarawak hari ini iaitu kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Kenderaan berkenaan diserahkan oleh Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain sambil disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pekarangan Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, kereta berkenaan adalah antara lima unit yang dibeli oleh SEDC Energy daripada UMW Toyota Motor sebelum ini, termasuk yang diserahkan kepada Abang Johari dan satu untuk SEDC Energy.

"Sebenarnya peruntukan ini daripada Toyota untuk Malaysia iaitu untuk kerajaan persekutuan namun disebabkan di sana tiada hidrogen (stesen) sebaliknya hanya di sini sahaja ada, maka kelima-limanya diberikan kepada Sarawak.

"Mungkin pada tahun depan jika ada peruntukan untuk kita, kita akan berikan kepada menteri-menteri lain kerana sudah ramai yang memohon," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan.

Menurut Abdul Aziz, SEDC akan terus mempromosikan penggunaan kereta hidrogen di negeri ini bukan sahaja daripada sumber bekalan pengeluaran Toyota tetapi syarikat kereta lain yang turut mengeluarkan kereta hidrogen dan kenderaan elektrik (EV).

Beliau berkata, bagi menggalakkan lagi penggunaan kereta berkenaan pada masa akan datang, SEDC merancang akan membina lebih banyak stesen pengisian hidrogen.

"Kita merancang lima stesen dengan dua daripadanya sedia ada kini di Kuching iaitu di Stesen PETROS di Darul Hana dan satu di Batu Kawa.

"Sementara yang lain dalam perancangan adalah di Bintulu, Miri, Sibu serta Sri Aman manakala di tempat lain pembinaan stesen adalah berasaskan stesen pelbagai bahan api Dealer Owned, Dealer Operated (DODO) (stesen dimiliki dan diusahakan peniaga)," katanya.

Sementara itu, penyerahan tiga unit Toyota Mirai itu menandakan kejayaan penting bagi Sarawak dalam meneruskan Mobiliti Hijau dan Inisiatif Tenaga Hijau.

Kehadiran Toyota Mirai dalam pengangkutan kerajaan negeri seiring dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi peneraju negara dalam Tenaga Hijau.

Kenderaan tersebut menyediakan ruang kepada Kerajaan Sarawak untuk menilai dan membangunkan penyelesaian mampan jangka panjang bagi penghijauan pengangkutan kerajaan sedia ada, dan memberi peluang untuk mengkaji lebih lanjut potensi teknologi Kenderaan Elektrik Sel Bahan Bakar (FCEV) untuk pengembangan karbon rendah ekonomi yang mengutamakan saiz padat, kecekapan dan produktiviti untuk menyokong keperluan mobiliti semasa.

Penambahan Toyota Mirai dalam pengangkutan kepimpinan Sarawak menunjukkan komitmen Premier dan Timbalan Premier untuk mencapai matlamat merealisasikan peralihan ekonomi hijau negeri yang mampan menjelang 2030.

SEDC melalui anak syarikat milik penuhnya, SEDC Energy Sdn Bhd berhasrat membuka jalan bagi masa depan sifar pelepasan di Sarawak dengan mempamerkan keupayaan dan mewujudkan kesedaran kepada orang ramai untuk mengurangkan perubahan iklim dalam mobiliti melalui Kenderaan Tenaga Baharu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.282595 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list